Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

SEORANG lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan setakat ini adalah seramai empat orang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek keempat itu adalah anggota penguat kuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun ini ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 5 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Suspek menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan yang dikutip untuk sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, kemudian suspek akan membahagikan wang kutipan itu kepada tiga lagi rakan suspek yang ditahan sebelum ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok.

Terdahulu, Bernama melaporkan SPRM menahan tiga pegawai penguat kuasa MBSA untuk kes sama.

Baru-baru, tular dua klip video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

Berita berkaitan

• Video Asri Janggut: ‘Berani buat, beranilah tanggung’ – KP Selangor

• Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan

• Kita akan pastikan peraturan ditegakkan – Datuk Bandar Shah Alam

• Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

• Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri – Hamzah

• Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak – Asri Janggut

• Asri Janggut dakwa ‘ayahanda’ tak puas hati

• Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN – Hamzah Zainuddin

• Saya dengar sendiri penjelasan beliau – KPN

• Asri Janggut dah jumpa KPN

• Saya serah 100 peratus kepada Allah – Asri Janggut

• Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

• SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

• ‘Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ’ – peniaga burger [METROTV]

• ‘Bagus, ada orang berani, ikhlas…’ – KPN

• Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

• Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA