Sepakat beri nama anak ‘Sanitiser’

NEW DELHI: Selepas Corona dan Lockdown, India kini menerima seorang lagi bayi dengan nama unik iaitu, Sanitiser.

Sepasang suami isteri di sebuah negeri di utara India menamakan bayi mereka sebagai Sanitiser kerana nama itu mudah diingati berikutan menjadi keperluan orang ramai menggunakannya terutama ketika pandemik Covid-19.

Bapa bayi lelaki berkenaan, Omveer berkata, cecair pembasmi kuman itu kini banyak dibekalkan secara percuma kepada mereka memerlukan di seluruh negara dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.

“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19