Sepanyol catat kematian COVID-19 terendah sejak 24 jam lalu

Pada Sabtu kerajaan Sepanyol mengumumkan akan meneruskan perintah ‘lockdown’ untuk dua minggu lagi yang akan berakhir minggu hadapan. – Gambar REUTERS

PIHAK berkuasa Sepanyol menutup salah sebuah hospital sementara yang didirkan anggota tentera di Madrid bagi membantu merawat pesakit COVID-19.

Petugas perubatan di Hospital IFEMA meraikan penutupan itu pada pukul 7 malam Jumaat.

Ia selepas Sepanyol mula mencatatkan perkembangan positif dengan kadar kematian yang rendah akibat wabak itu sejak sebulan lalu.

Sejak 24 jam lalu, 410 kes kematian dilaporkan berbanding 565 kes pada Sabtu.

Walaupun perintah 'lockdown' yang ketat di negara itu mula menunjukkan penurunan jumlah kes positif dan kematian, arahan kawalan pergerakan masih diteruskan.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Pedro Sánchez mengumumkan kerajaan akan meneruskan perintah 'lockdown' untuk dua minggu lagi yang akan berakhir minggu hadapan.

BACA: COVID-19: Sepanyol lanjutkan perintah kawalan pergerakan 15 hari lagi

Setakat ini, Sepanyol antara negara Eropah yang mencatatkan kes positif tertinggi dengan 195,944 kes dan 20,453 kematian sejak pandemik itu mula menular negara itu.