Somalia berjanji lakukan siasatan penuh nahas pesawat Kenya

Seorang pegawai pentadbiran Barat Daya mendakwa, pesawat itu ditembak jatuh ketika ia menghampiri landasan udara di wilayah Bay

BARDALE: Presiden Somalia berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap nahas pesawat Kenya yang membawa bekalan perubatan dan membunuh enam penumpangnya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya memaklumkan, pesawat enjin berkembar African Express itu terhempas pada Isnin petang ketika mendekati Bardale.

Seorang pegawai pentadbiran Barat Daya mendakwa, pesawat itu ditembak jatuh ketika ia menghampiri landasan udara di wilayah Bay.

Landasan itu merupakan pangkalan tentera Ethiopia di bawah misi Kesatuan Afrika, yang memerangi kumpulan pelampau Al-Shabab yang berkaitan Al-Qaida.

Kumpulan itu mengawal bahagian luar bandar Somalia di selatan dan tengah.

Bagaimanapaun, tiada maklum balas segera dari pihak berkuasa Ethiopia berhubung nahas itu.

Pesawat berkenaan meninggalkan Mogadishu, dan berhenti di Baidoa sebelum menuju ke Bardale.

Kementerian pengangkutan Somalia menyifatkan nahas irusebagai amat dasyat dan siasatan sedang dijalankan.