Suspek dera budak ditahan polis

PEMANDU e-hailing yang disyaki mendera anak teman wanitanya sudah ditahan polis, hari ini.

Difahamkan suspek berusia 26 tahun itu ditahan di PJS 9, Petaling Jaya selepas dikesan pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut nanti.

Harian Metro hari ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di kediaman mereka di Pangsapuri Vista, Damansara, di Petaling Jaya, malam tadi.

Berita berkaitan:

  • Suspek dera budak sampai mati diburu