Temco Amanjaya hingga 10 September [METROTV]

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah yang bermula 28 Ogos lalu akan berkuat kuasa sehingga 10 September.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menyaring 12,533 daripada 22,360 penduduk membabitkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

“Saya harap semua penduduk berada di kawasan kawalan ini memberi kerjasama dan patuh kepada arahan KKM dan polis sepanjang tempoh berlangsung,” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan sempena Covid-19, hari ini.

Temco di Amanjaya dikenakan susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dan semua tempat awam dan premis perniagaan diarah turut kecuali yang menyediakan perkhidmatan berasas keperluan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan