Tiada lagi zon jingga Covid-19

TIADA lagi zon jingga wabak Covid-19 di seluruh negara selepas semua 17 daerah mencatatkan penurunan kes, setakat 12 tengah hari semalam.

Selain Pekan yang mencatatkan sifar kes aktif berbanding satu kes pada Selasa, 16 daerah lain ialah Kota Setar yang mencatatkan dua kes aktif, Kuala Muda (satu), Seberang Perai Tengah (tiga), Seberang Perai Utara (dua), Timur Laut (tiga), Manjung (dua).

Manakala Kuala Selangor (enam), Kuala Langat (tujuh), Sabak Bernam (tiga), Alor Gajah (lapan), Kota Tinggi (16), Besut (16), Dungun (28), Kinabatangan (sembilan), Sandakan (empat) dan Tuaran (10).

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut mencatatkan zon merah kekal 30.

Selain itu, sebanyak 64 daerah sifar kes aktif dengan Sarawak negeri tertinggi membabitkan 17 daerah manakala 12 daerah lain dalam zon kuning dan Kuching serta Kota Samarahan masih lagi dalam zon merah.

Di Semenanjung, Selangor kekal dengan jumlah daerah tertinggi dalam zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Hulu Selangor.

Lembah Pantai masih lagi mencatatkan jumlah kes aktif tertinggi sebanyak 273 kes diikuti Petaling (107), Seremban (92), Kluang (86), Hulu Langat (81), Johor Bahru (75) dan Kepong (70).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19