[Tidak Rasmi] GRS di depan dengan 28 kerusi

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan 28 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.25 malam ini.

Daripada jumlah itu 12 dimenangi Perikatan Nasional (PN), diikuti Barisan Nasional (11 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) lima kerusi.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi tujuh kerusi setakat ini, manakala satu kerusi dimenangi calon Bebas iaitu di Kuamut.

GRS memerlukan lapan kerusi lagi bagi memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah