[Tidak Rasmi] GRS mendahului 36 kerusi, Warisan Plus 29 kerusi

SERAMAI 1,088,711 rakyat Sabah layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini yang berlangsung dalam suasana pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sebanyak 741 pusat mengundi dan 2,540 saluran dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 28,656 petugas bertugas bagi proses pengundian.

PRN Sabah ke-16 menyaksikan sejumlah 447 calon daripada 15 parti politik termasuk 56 calon Bebas bertanding bagi merebut 73 kerusi Dun dalam persaingan banyak penjuru dengan purata enam calon bagi setiap kawasan.

11 malam: GRS mendahului di 33 Dun setakat ini, manakala Warisan Plus mendahului di 21 kerusi berdasarkan portal Malaysiakini.

9.30 malam: Kinabatangan: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti sebanyak 661.

Beliau mendapat undi sebanyak 3,035.

Mohd Ismail Ayob, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) mendapat 2,374 undi.

Calon bebas, Junny @ Karuak Abdullah mendapat 73 undi.

Sairin Abd. Rahman Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) pula mendapat 61 undi.

Manakala calon Parti Cinta Sabah (PCS), Razman Mayah mendapat sebanyak 71 undi.

BUNG Moktar ketika mengundi hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
BUNG Moktar ketika mengundi hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

8.55 malam: Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan GRS mendahului 38 Dun dengan kiraan undi masih lagi berjalan.

Dalam GRS, PN mendahului dengan 15 kerusi di Dun Bandau, Sulaman, Kawang, Klias, Kuala Penyu Karanaan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Tulid, Sook, Nabawan, Labuk dan Apas.

Rakan sekutunya, BN mendahului 16 kerusi di Dun Tanjung Batu, Bengkoka, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Pantai Manis, Sugut, Subgai Manila, Sekong, Lamag, Sukau, Balung dan Tanjung Batu.

Parti Bersatu Sabah (PBS) pula mendahului di Dun Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Kundasang, Telupid dan Inanam.

Dalam pada itu, Warisan mendahului di 13 kerusi di Dun Banggi, Tanjung Kapor, Likas, Luyang, Petagas, Kapayan, Limbahau, Sindumin, Elopura, Tanjung Papat, Tungku, Segama, Kunak, Sulabayan, Senallang, dan Sri Tanjong.

8.30 malam: GRS mendahului di Dun Labok dan Sook. Kedudukan terkini, GRS menang dua Dun, Warisan Plus menang satu Dun.

8.30 malam: GRS mendahului di 33 Dun setakat ini, manakala Warisan Plus mendahului di 21 kerusi berdasarkan portal Malaysiakini.

8.25 malam:Laporan portal Malaysiakini melaporkan GRS kini mendahului PRN Sabah dengan 25 kerusi Dun, manakala Warisan Plus mendahului di 13 kerusi Dun.

Bagaimanapun, portal itu tidak menyatakan kerusi yang dimenangi kedua-dua blok gabungan parti itu.

8.10 malam: Warisan Plus memenangi kerusi Luyang dan mendahului di 13 kerusi (Dun Likas, Kapayan, Sook, Nabawan, Elopura, Sri Tanjung, Tanjung Papat, Sulabayan, Sindumin, Senallang, Sebatik, Segama, Tanjung Keramat)

Gabungan Rakyat Sabah (GRS – PN/BN) pula BN ketika ini mendahului di tujuh kerusi. BN ketika ini mendahului di Dun Lamag, Sekong dan Kiulu, sementara PN mendahului di Dun Bingkor, Sulaman, Tulid dan Tanjung Kapor.

7.47 malam: Warisan Plus memenangi satu kerusi apabila calon DAP Sabah mempertahankan kerusi Luyang dengan memperoleh lebih separuh daripada keseluruhan undi.

Setakat 7.30 malam, Ginger Phoong memperoleh majoriti 14,342 undi.

7.47 malam: Warisan mendahului di Dun Sebatik, kedudukan terkini warisan mendahului di 12 kerusi Dun.

7.15 malam: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendahului di Dun Senallang.

7 malam: Warisan Plus (Warisan, PKR dan UPKO) mendahului setakat ini dengan 11 kerusi (Dun Likas, Luyang, Kapayan, Sook, Nabawan, Elopura, Sri Tanjung, Tanjung Papat, Sulabayan, Sindumin, Senallang), manakala BN ketika ini mendahului di Dun Lamag dan Sekong, sementara PN mendahului di Dun Bingkor.

6.52 petang: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendahului kiraan undi awal di Dun Lamag.

6.48 petang: Keputusan tidak rasmi turut menyaksikan Warisan mendahului Dun Kapayan.

6.46 petang: Warisan mendahului keputusan tidak rasmi di Dun Luyang.

6.45 petang: Keputusan tidak rasmi di Dun Likas setakat ini Warisan mendahului.

5.15 petang: Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersiap sedia menghadapi sebarang kekecohan atau kekacauan sepanjang hari terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seluruh anggota dan pegawai yang terbabit juga sudah ditempatkan di beberapa kawasan mengikut keperluan.

HABIBI Majinji turut menjalani pemeriksaan suhu di pusat pengundian di SJK Datuk Simon Fung, Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan
HABIBI Majinji turut menjalani pemeriksaan suhu di pusat pengundian di SJK Datuk Simon Fung, Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan

Berita berkaitan • Polis siap siaga berdepan sebarang kekacauan

5 Petang: Semua pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran bagi PRN Sabah ditutup tepat 5 petang tadi.

Berdasarkan peratusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 58 peratus daripada 1,088,711 pengundi keluar mengundi setakat 3 petang hari ini.

SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi antara 70 hingga 75 peratus.

Keputusan terkini MyUndi • Klik di sini untuk berita lanjut

Lagi berita berkaitan PRN Sabah