Wang pelincir makan bulan

TERIMA ‘wang perlindungan’ atau sogokan RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi setiap premis yang menjalankan kegiatan perjudian.

Itu antara maklumat awal diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan empat pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh semalam.

Mereka dipercayai mengutip serta menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen
di sekitar daerah itu.

Menurut sumber, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi semalam, seramai tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 dan 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas dipanggil memberi keterangan.

Suspek keempat yang berusia 39 tahun ditahan SPRM kira-kira jam 5 petang semalam.

“Mereka disiasat itu membabitkan dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

“SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya.

Menurut sumber, peniaga terbabit beroperasi sejak 2019 dan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa terbabit bagi mengelakkan sebarang tindakan.

“Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh,” katanya.

Sumber berkata, penguat kuasa MBSA yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi setiap sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok dan gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

“Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan sudah diketahui awal oleh peniaga haram ini,” katanya.

KETUA Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar (tiga dari kanan) ketika serbuan ke atas  sebuah pusat judi haram di Bandar Baru Sungai Buloh. FOTO Hairul Anuar Rahim
KETUA Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar (tiga dari kanan) ketika serbuan ke atas sebuah pusat judi haram di Bandar Baru Sungai Buloh. FOTO Hairul Anuar Rahim

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan tidak menolak ia kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Semua yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman mengikut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Berita berkaitan

• Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

• Video Asri Janggut: ‘Berani buat, beranilah tanggung’ – KP Selangor

• Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan [METROTV]

• Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi

• MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegriti

• Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

• Kita akan pastikan peraturan ditegakkan – Datuk Bandar Shah Alam

• Bukit Aman dapat maklumat polis lindungi premis judi

• Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri – Hamzah

• ‘Keselamatan Asri Janggut perlu dijaga’ – Pemuda UMNO

• Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak – Asri Janggut

• NGO desak polis siasat anggota ‘curang’

• Asri Janggut dakwa ‘ayahanda’ tak puas hati [METROTV]

• Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN – Hamzah Zainuddin [METROTV]

• Saya dengar sendiri penjelasan beliau – KPN

• Asri Janggut dah jumpa KPN

• Saya serah 100 peratus kepada Allah – Asri Janggut

• Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

• SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

• ‘Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ’ – peniaga burger [METROTV]

• ‘Bagus, ada orang berani, ikhlas…’ – KPN

• Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

• Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA